NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya empat kerusi parlimen 'putih' buat BN di Kelantan - Sumber


PAS dilihat terus menguasai Kelantan apabila BN sehingga kini dikatakan hanya selesa di empat kerusi di negeri itu.

Menurut sumber yang mengetahui mengenai kaji sikap yang dijalankan BN, hanya empat kawasan kerusi parlimen dalam "kategori putih" bagi gabungan itu.

Empat kerusi berkenaan merupakan Gua Musang, Machang, Ketereh dan Jeli.

"Setakat ini hanya empat kerusi parlimen dalam kategori putih bagi BN di Kelantan.

“Bagaimanapun masih mempunyai masa untuk mencipta kejutan. Ini berdasarkan selepas seminggu tempoh kempen.

"Manakala tiga lagi kerusi iaitu Parlimen Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok, BN dilihat berupaya untuk membuat kejutan.

"Tumpat misalnya yang ditandingi penyandang kerusi berkenaan cukup berpeluang untuk dirampas BN," kata sumber yang enggan dinamakan itu kepada Malaysiakini, hari ini.

Khamis lalu, BN Kelantan optimis mereka mampu mencapai sasaran untuk memenangi sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, pihaknya sedang mengenal pasti dua lagi kerusi Parlimen yang dilihat mampu memihak kepada BN.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja oleh jentera parti terus dipergiatkan.

Selain itu jelasnya ketiadaan Nik Abduh Nik Aziz memberi kelebih buat BN untuk mendominasi kerusi Parlimen di Kelantan.

Ahmad Jazlan yakin, pengundi yang menyayangi legas Allahyarham Nik Aziz Nik Mat akan beralih sokongan kepada BN.

Dalam pada itu sumber berkata, Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menyerlah di Kelantan pada PRU-15 ini.

"Dalam tempoh yang ada ketika ini apa saja boleh berlaku dan tidak mustahil BN mampu merampas beberapa kerusi PAS jika melihat sentimen pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor," katanya.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo