NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS-BN mahu hidupkan semula projek Jalan Pengalat-Lok Kawi-Papar

Calon GRS-Bersatu Datuk Armizan Mohd Ali Parlimen P175. Papar beramah mesra dengan peniaga ketika berkempan sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) di Pasar Am Papar hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PAPAR, 10 Nov (Bernama) -- Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) berhasrat menjalin kerjasama untuk menghidupkan semula projek naik taraf Jalan Pengalat-Lok Kawi-Papar di sini.

Calon GRS bagi Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata projek itu, yang antara lain melibatkan pelebaran jalan dan pembinaan jambatan, telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan pimpinan BN sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau mendakwa projek itu dibatalkan oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) pada 2018 sehingga menyebabkan isu kesesakan lalu lintas penduduk ke Kota Kinabalu gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Ini satu antara banyak projek untuk rakyat Papar yang kita usahakan secara bersama GRS dan BN… tiada istilah ini projek GRS atau BN, ini projek milik rakyat," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pasar Tani dan Pekan Papar di sini hari ini.

Armizan berkata memandangkan masih banyak isu rakyat yang belum selesai di Papar, pemimpin GRS dan BN di kawasan itu sepakat menjalin kerjasama untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada penduduk.

Bekas Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata tiada istilah kecewa dalam kalangan pemimpin BN di Papar dengan langkah meletakkan calon GRS di kawasan itu sebaliknya beliau yakin Armizan mampu meneruskan usaha pembangunan yang dilaksanakannya serta pemimpin parti itu di kawasan berkenaan.

"Jalan Pengalat-Lok Kawi-Papar, kompleks sukan dan pelbagai projek kita akan cuba kembalikan bersama... harapan saya mahu melihat kesinambungan usaha untuk mendatangkan kebaikan kepada rakyat di Papar," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Armizan berdepan saingan enam penjuru menentang penyandang kerusi Parlimen Papar iaitu Ahmad Hassan (Warisan) selain Henry Shim Chee On (PH), Nicholas Sylvester (Pejuang) serta dua calon bebas iaitu Chin Chuan Siong dan Johnny Sitamin.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo