NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS pilih parti beri mudarat lebih kecil, kata pemimpin parti


GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memilih parti yang memberi mudarat lebih kecil dalam membentuk gabungan kerajaan Persekutuan baharu, kata pemimpin utama pakatan itu kepada The Malaysian Insight.

Dua mudarat dimaksudkannya ialah DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) ekoran perdebatan di media sosial mempertikaikan tindakan Pengerusi GPS Abang Johari Openg yang mahu bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Saya Kristian dan saya tidak sokong perkauman atau percaya kepada ekstremis agama. Begitu juga GPS tetapi kita ada pilihan untuk memecah kebuntuan.

“Jika GPS memilih PH, maka kita akan bekerja dengan orang yang mahu memusnahkan kita. Jika kita memilih PN, PAS ada di situ dan majoriti rakyat Sarawak yang bukan Islam akan pertikai kenapa kita bekerjasama dengan pelampau agama,” kata pemimpin GPS itu yang enggan namanya disiarkan.

Katanya, perbezaan antara PAS dan DAP adalah PAS hanya bercakap namun tidak melakukan apa-apa ketika mereka berkuasa.

“Ya, mereka cakap, cakap, cakap. Mereka masih bercakap.

“DAP tak bercakap. Apabila mereka berkuasa pada PRU14, mereka terus mula kempen untuk buat Sarawak bayar.

“Pada mereka, sudah tiba ‘masa untuk membayar balik’. Mereka cuba bantutkan perkembangan kita, bunuh pembangunan negeri apabila mereka mula membatalkan kontrak untuk projek infrastruktur utama bernilai jutaan ringgit,” katanya merujuk kepada tindakan menteri kewangan PH ketika itu, Lim Guan Eng.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen juga sering dituduh bersubahat dengan Guan Eng dalam usaha menjadikan Sarawak mangsa.

“Ya, PAS banyak bersuara soal kaum dan agama dalam kempen baru-baru ini tapi diam-diam DAP terbukti lebih berbahaya kepada GPS.

“Kita boleh kekal neutral dan jadi pembangkang tapi bukan itu yang kita mahu,” katanya.

Bekas setiausaha PKR Sarawak, Joshua Jabeng mencetuskan perdebatan di akaun Facebooknya dengan menulis, “Saarwak akan semakin tertindas dengan dasar perkauman dan agama PAS jika GPS memberi laluan kepada PAS untuk berada dalam kerajaan.

“Sarawak, sebagai negeri sekular perlu tuntut supaya politik dan agama mesti dipisahkan,” katanya. 

Pada Ahad, Pengerusi GPS Abang Johari mengumumkan membentuk gabungan dengan PN, BN dan GRS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.
Pada Ahad, Pengerusi GPS Abang Johari mengumumkan membentuk gabungan dengan PN, BN dan GRS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.

Jabeng berkata PAS dengan 49 kerusi dalam gabungan PN berada dalam kedudukan untuk menggulingkan perdana menteri yang dilantik Muhyiddin Yassin pada bila-bila masa untuk meletakkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata jika Hadi menjadi perdana menteri, mungkin akan ada lebih banyak pergolakan kerana kaum Dayak, yang pernah diperlekehkan oleh Hadi, sudah tentu menolaknya dengan melabelkan beliau dan partinya sebagai ancaman besar “kepada kepelbagaian budaya dan warisan rakyat Sarawak”.

Jabeng kemudian merayu kepada semua ahli Parlimen GPS “membuat keputusan berani” menolak sebarang hasrat untuk bekerjasama dengan PN dan PAS.

Muhyddin juga didakwa sebagai fanatik agama apabila memperlekehkan masyarakat Kristian, menuduh mereka dan Yahudi merancang untuk mengkristiankan Malaysia jika PH menang dalam kempen pilihan raya yang baharu selesai.

Paul Raja, presiden Kongres Nasional Dayak (DNC), berkata GPS meletakkan PAS berkuasa akan membatalkan semua slogan gabungan itu.

“Sarawak untuk rakyat Sarawak bermakna mengekalkan status quo Sarawak sebagai sebuah negeri sekular dengan semua kaum hidup dalam harmoni dan menghormati antara satu sama lain.”

“Kami manu GPS menjadi lebih terhormat dan waras. Kerajaan persekutuan yang diterajui PAS tidak boleh dipersetujui oleh GPS, jika mereka menghargai status dan keharmonian di Malaysia secara keseluruhannya,” kata Raja.

“PAS adalah parti paling dominan sekarang, bukan sahaja dalam PN tetapi keseluruhannya dengan 49 ahli Parlimen. Bukan satu rahsia lagi yang PAS adalah sebuah parti pelampau agama yang berikrar untuk memperkenalkan hukum Hudud di Malaysia apabila mereka berkuasa.”

“Sebagai parti tunggal terbesar di Malaysia sekarang, siapakah GPS, dengan hanya 22 ahli Parlimen, untuk berkata ‘tidak’ kepada PAS dalam melaksanakan undang-undang dan dasar di Malaysia?”

Seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama “Dylla Fudillah”, menjawab kiriman Jabeng, berkata patung Buddha terbesar di negara ini adalah di Kelantan.

Beliau berkata jika PAS adalah parti ekstremis seperti yang didakwa bukan Islam, maka patung itu sudah lama hilang.

“Jangan kaitkan isu ini (siapa yang patut menjadi perdana menteri) dengan agama. Ia sensitif.”

“Mari kita hadkan perbincangan kita kepada siapa yang layak menjadi perdana menteri.”

GPS menyifatkan PAS lebih kurang mudarat kepada Sarawak berbanding DAP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.
GPS menyifatkan PAS lebih kurang mudarat kepada Sarawak berbanding DAP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.

Keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri dijangka dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini apabila baginda bertemu wakil PN dan PH serta calon perdana menteri mereka.

Pada Ahad, Pengerusi GPS Abang Johari mengumumkan membentuk gabungan dengan PN, BN dan GRS.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menafikannya dengan berkata beliau tidak membincangkan isu ini dengan PN mahupun GPS. 

Tanpa BN, gabungan PN, GPS dan GRS hanya mempunyai 101 kerusi di Parlimen, kurang 11 kerusi daripada majoriti mudah.

Zahid sebaliknya bertemu dengan pemimpin PH di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam berikutan Anwar berkata PH sedang berusaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN demi kestabilan negara.

Pengerusi PH itu juga berkata beliau masih calon perdana menteri untuk gabungan itu. – 22 November, 2022.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo