NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah disengajakan: Bila Rafizi akan minta maaf?


DALAM
sidang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 September 2022, wang berjumlah RM90.9 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak menerusi dua transaksi pada 2012.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 43, menjadi saksi yang membawa bukti, berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM15,149,963.64 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 31 Oktober, dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.

Tambahan pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, pada 24 Februari 2019.

Selain itu, bekas Ketua Peguam negara Latheefa Beebi Koya juga turut mendedahkan 41 penama akaun yang terlibat dengan transaksi pihak ketiga bagi akaun Ambank Dato Sri Najib Razak dan tidak terdapat seorang pun pimpinan PAS yang dituduh itu tersenarai.

Transaksi yang melibatkan wang sebanyak RM90 juta ini melibatkan akaun mantan Perdana Menteri ke-6, Dato’ Sri Najib Razak tetapi dituduh kepada PAS dan Presiden PAS yang menerimanya. Fitnah ini terlihat disengajakan hanya untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti PAS. Apatah lagi tiada kenyataan maaf dari pihak Pakatan Harapan (PH). Kesilapan telah memfitnah PAS secara jelas ini sepatutnya disusuli permohonan maaf.

Namun demikian, sejak 2019 setelah disahkan tiada kemasukan duit itu oleh SPRM, sehingga kini belum ada kenyataan maaf yang keluar dari pimpinan tertinggi PH.

Terkini, tuduhan Rafizi ke atas Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan kelulusan tender secara terus dalam fasa ‘Caretaker’ telahpun dijawab, dan KASA telah pun mengeluarkan notis awal bahawa tiada tender yang diberikan dan  beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.  

Namun Rafizi masih cuba menegakkan benang yang basah dengan mengeluarkan dokumen tak berkaitan yang bertarikh pada tahun 2021 tanpa melaporkan ke SPRM seperti yang sepatutnya.

Ini seperti membenarkan lagi bahawa kaedah politik PH, terutama Anwar Ibrahim dan Timbalannya Rafizi Ramli dalam mendepani pilihan raya sememangnya tidak bermaruah. Sepertinya memfitnah itu suatu perkara lazim yang dibolehkan dan ia menjadi suatu perkara biasa dilakukan ke atas lawan. Tuduh terlebih dahulu, kemudian dipastikan kebenarannya. Yang penting lawan berjaya dijatuhkan.

Amalan politik fitnah yang kotor dan tidak bermaruah seperti ini amatlah tidak sihat dan sepatutnya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita. 

Selain daripada politik rasuah, Malaysia perlu dibersihkan daripada budaya fitnah. Menjadi pemimpin mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik buat masyarakat. Sudah tersilap, maka sebaiknya meminta maaf. Rakyat tidak sebegitu dungu untuk melihat tingkah laku ahli politik antara yang baik begitu juga yang buruk.

Rujukan:

1.    https://www.sinarharian.com.my/article/15071/berita/politik/dana-rm-90-juta-dhpp-gesa-pemfitnah-mohon-maaf 

2.    https://www.sinarharian.com.my/article/15385/berita/nasional/anwar-dedah-bukti-pas-bayar-wang-kepada-rewcastle-brown 

3.    https://www.astroawani.com/berita-politik/bukti-terkini-pas-terima-duit-bn-173290 

4.    https://www.malaysiakini.com/news/378274 

5.    https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/21/fitnah-lama-pas-terima-duit-umno-rm90-juta-dikitar-semula/   

6.    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/885818/rm909-juta-masuk-akaun-peribadi-najib  

7.    https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pengurus-bank-sahkan-lebih-rm90-juta-masuk-akaun-peribadi-najib/ 

8.    https://www.malaysiakini.com/news/465432 

9.    https://www.sinarharian.com.my/article/14762/berita/nasional/sprm-tiada-duit-rm90-juta-masuk-akaun-pas 

10.    https://www.1media.my/2019/06/akhirnya-fitnah-pas-terima-rm90-juta.html 

11.    https://www.malaysiakini.com/news/643254  

12.    https://harakahdaily.net/index.php/2022/11/08/rafizi-tuduh-dahulu-kepastian-kemudian/ 

13.    https://harakahdaily.net/index.php/2022/11/08/3-tindakan-politik-tak-bermaruah-ph-dalam-pru/ 

QATRUNNADA MOHD LATFI



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo