NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat warga Rohingya termasuk remaja perempuan 14 tahun ditahan

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat 


JOHOR BAHRU, 26 Nov (Bernama) -- Polis menahan empat warga Rohingya termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Kulai dalam beberapa serbuan Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan serta berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun.

"Kumpulan ini disyaki mula bergiat aktif melakukan jenayah berkenaan pada pertengahan tahun ini dan modus operandi kumpulan ini adalah melakukan pecah rumah semasa penghuni tiada pada siang hari (waktu bekerja… Sasaran kumpulan ini adalah barang kemas dan wang tunai," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, 10 keping resit pajak gadai dan 16 set barang kemas pelbagai jenis.

Katanya polis sedang giat mengesan seorang lagi wanita warga Rohingya yang masih bebas dan dikenali sebagai Norjahan Ismail, dipercayai dalang kegiatan pecah rumah itu.

Kamarul Zaman juga berkata dengan tertangkapnya keempat-empat individu, enam kes pecah rumah membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM50,000 berjaya diselesaikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo