NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr M orang pertama demam, sebaik saya jadi PM, kata Anwar


PERAI:
Anwar Ibrahim berang dengan Dr Mahathir Mohamad kerana menyatakan beliau tidak akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atas dakwaan gabungan itu membentuk pakatan dengan Umno.

Pengerusi PH itu berkata, dakwaan tidak benar mengenai kerjasama dengan Umno dibuat orang dalam Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Justeru, beliau menuntut pihak terbabit menunjukkan bukti rundingan itu pernah diadakan.

“Mahathir hari ini kata ‘bukan saya tak mahu sokong PH, tapi mereka bekerjasama dengan Zahid’. Beliau yang mintanya!” katanya dalam ceramah di Seberang Jaya malam tadi.

“Saya dah bersabar dengan Dr M…Sebaik saja saya jadi PM pada 20 haribulan (sehari selepas pengundian pada 19 Nov), orang pertama yang akan demam ialah Dr M. Tapi sudah tentu saya mendoakan kesihatan beliau.”

Perang mulut antara dua pemimpin itu timbul susulan spekulasi berhubung rundingan sulit antara Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membentuk kerajaan selepas PRU15. Tetapi, Anwar menafikan dakwaan itu.

Anwar mengulangi beliau tidak akan sesekali menyokong orang yang terbabit dalam rasuah, walaupun beliau akan hilang peluang menjadi perdana menteri.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berucap dalam ceramah itu yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo