NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Tertinggi BN selesai mesyuarat


KUALA LUMPUR:
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam itu dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.

Gabungan itu kemudiannya dikatakan meneruskan agenda kedua iaitu perbincangan bersama wakil rakyat BN bagi membincangkan isu sama di Ibu Pejabat UMNO dekat Menara Dato Onn, di sini. Mesyuarat masih berlangsung ketika ini.

Perkembangan itu dimaklumkan sumber dalaman BN, yang enggan identitinya didedahkan. Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut hasil mesyuarat.

Terdahulu, Hishammuddin dilapor mengesahkan, BN mengadakan dua mesyuarat berasingan malam ini, dipercayai bagi memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kedua-dua mesyuarat itu, masing-masing mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat bersama Ahli Parlimen gabungan berkenaan.

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda di Istana Negara, jam 10.30 pagi esok.

Semua Ahli Parlimen BN dititah mengadap Agong secara berasingan bagi menyatakan sokongan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kemelut pelantikan Perdana Menteri Ke-10 berlanjutan hingga kini, selepas tiada gabungan parti yang menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Situasi itu memaksa rundingan perlu dijalankan dengan gabungan dan parti yang memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih kecil, bagi melengkapkan jumlah 112 kerusi Parlimen.

Pada PRU-15 Sabtu lalu, PH memenangi jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu 82 kerusi, diikuti PN (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), bebas (dua) serta masing-masing satu kerusi dimenangi Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo