NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP): PN gabungan pelbagai kaum



Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam berkata PN mendukung aspirasi kepelbagaian kaum dan ia terbukti apabila ramai calon bukan Melayu dan bukan Islam dieltakkan dalam PRU15, dari Bersatu, Gerakan, Parti Maju Sabah (Sapp) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

"Ini membuktikan bahawa PN bukanlah sebuah pakatan politik yang mementingkan kaum tertentu sahaja seperti yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"DHPP menggesa supaya semua pihak memainkan peranan untuk membina perpaduan, bukan mengambil peluang membina jurang dan akhirnya meruntuhkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini," katanya di Facebook.

Sementara itu, The Vibes melaporkan Biskop Kuching, Rev Danald Jute menyuarakan harapan agar GPS tidak menubuhkan kerajaan dengan PN.

"Pendirian saya, ekstremis tidak boleh dibenarkan - apatah lagi digalakkan dan disokong - untuk menormalkan kebencian mereka terhadap kaum dan penganut agama lain.

"Kita tak boleh benarkan ahli politik terus memisahkan kita kerana keharmonian tidak datang secara natural," katanya seperti dipetik.






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo