GEORGETOWN: DAP akur dan akan memberi sokongan jika Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).
Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP itu dipersetujui mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sejajar dengan keputusan kepemimpinan tertinggi PH.
"Ia adalah keputusan kita ambil bersama, bukan sahaja dalam mesyuarat CEC. Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH. Kita akan sokong keputusan mereka buat.
"Kita sebahagian PH, jadi kalau PH ada dasar itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH," katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Guan Eng mengulas pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PH dengan BN di ibu negara hari ini.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan tertinggi pakatan itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi BN diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dilaporkan membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment