NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan kontrak tentera: Ikmal hantar surat tuntutan pada Rafizi

Menyifatkan Rafizi Ramli telah "bermain kasar", timbalan menteri pertahanan yang juga penyandang kerusi parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz telah mengemukakan surat tuntutan agar timbalan presiden PKR.

Surat tuntutan itu antara lain agar Rafizi membuat permohonan maaf secara terbuka dan tidak mengheret keluarganya dalam dakwaan berkenaan kontrak perolehan meriam artileri jenis Self Propelled Howitzer (SPH) kepada syarikat MA Analytics Sdn Bhd.

"Memandangkan Rafizi pada kali ini telah ‘main kasar’ dengan turut mengheret keluarga saya dalam kenyataan fitnah beliau yang terbaru, saya dan isteri melalui peguam kami telah menghantar letter of demand: notice to cease dnd desist defematory statements made on social' media kepadanya.

"Tindakan yang saya ambil ini adalah untuk memelihara nama baik dan sebagai tanggungjawab saya menjaga keselamatan keluarga. Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah untuk membersihkan nama saya dari fitnah yang tidak bertanggungjawab dibuat oleh Rafizi," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Pada awal Oktober lalu, Rafizi mendakwa kontrak ketenteraan bernilai RM854 juta itu diberikan secara rundingan terus kepada MA Analytics Sdn Bhd yang menurutnya mempunyai kaitan dengan anak Ikmal Hisham, berdasarkan semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan siasatan pihaknya.

Dia berkata semakan SSM menunjukkan pemilikan bersama syarikat itu dengan anak Ikmal Hisham, iaitu Ikmal Hadzlan Ikmal Hisham dan isteri Ikmal Hisham iaitu Norihan Ayob.

Justeru, dia menggesa kerajaan membatalkan Surat Niat penganugerahan kontrak perolehan tersebut.

Sehari kemudian, iaitu pada 7 Oktober, Ikmal Hisham membuat laporan polis terhadap dakwaan itu yang menurutnya fitnah untuk mencemarkan nama baiknya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ikmal Hisham berkata dia menuntut Rafizi agar memadamkan pernyataan fitnah ke atasnya dan isteri.

"Berhenti daripada menyebarkan dan mengulangi pernyataan fitnah terhadap saya dan isteri; dan memaparkan permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos ganti rugi am dan teladan sebanyak RM500,000 serta membersihkan kembali nama saya dan isteri yang telah tercalar.

"Sekiranya tuntutan-tuntutan ini gagal ditunaikan dalam tempoh tujuh hari, pihak saya akan meneruskan kes ini dengan tindakan sivil di mahkamah," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo