NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek RM285 juta dilulus sebelum Parlimen bubar, Rafizi diberitahu



PETALING JAYA:
Kementerian Alam Sekitar dan Air mempertikaikan dakwaan seorang pemimpin PKR berhubung projek menaik taraf loji bagi kawasan tadahan pembetungan bernilai RM285 juta diluluskan kementerian itu selepas Parlimen dibubarkan.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan surat bertarikh 27 Okt berkaitan projek di Klang Selatan itu, dengan mendakwa ia diluluskan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan 10 Okt lalu.

Kementerian itu berkata, susulan pembubaran Parlimen, ia menangguhkan proses pengeluaran surat niat, surat pelawaan, surat setuju terima dan sebarang bentuk rundingan.

Katanya, projek menaik taraf loji itu diluluskan pada November 2020 dan proses perolehannya bermula Oktober 2021.

“Kementerian sangat berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan dalam tempoh kerajaan sementara ini. Justeru, kenyataan tular itu tidak berbangkit sama sekali kerana tiada sebarang ikatan kontrak dijalin antara kerajaan dengan syarikat dalam tempoh ini.”

Ia menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Rafizi itu.

Terdahulu, Menteri Kewangan sementara, Tengku Zafrul Aziz turut menolak dakwaan Rafizi dengan berkata, ia adalah surat untuk meluluskan rundingan membabitkan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Beliau berkata, walaupun selepas mendapat kelulusan am untuk berunding, kementerian itu masih perlu
berbincang dengan syarikat terbabit dan menghantar cadangannya berhubung langkah seterusnya kepada Kementerian Kewangan.

Beliau menasihatkan Rafizi, yang juga calon Pakatan Harapan di Parlimen Pandan, melaporkan sebarang salah laku dalam kerajaan kepada pihak berkuasa, bukannya membuat dakwaan sedemikian.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo