NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwa Anwar ejen Israel - Bukit Aman siasat Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan disiasat atas tuduhan memfitnah dan mengganggu kententeraman awam dengan kenyataannya yang mendakawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan tersebut.

"Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin.

Anwar, semalam mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Katanya, dia menzahirkan bahawa dirinya tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang memberi kritikan sama ada terhadap 'capal', selipar dan sebagainya.

"Tetapi kita menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel dan beliau telah meminta pihak polis mengambil tindakan," kata Fahmi.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan yang membawa fitnah perkauman yang melampau ini perlu berhenti sekarang.

Beberapa insiden sepanjang tempoh kempen PRU15 dan juga selepas itu telah menimbulkan sentimen perkauman dan agama.

Ia khususnya membabitkan tentangan daripada beberapa parti Melayu-Islam terhadap PH yang menjadi parti gabungan berbilang kaum.

Semalam, Hadi turut menuduh DAP mempromosikan Islamofobia.

Kenyataan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap kenyataan kebencian yang didakwa disebarkan oleh ahli dan penyokong PAS secara dalam talian semasa dan selepas PRU15.

Ketika ceramah pada 16 Nov, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa PH adalah ejen Yahudi dan Kristian yang ingin menjajah Malaysia.

Bagaimanapun, Muhyiddin kemudiannya mendakwa kenyataannya yang mengaitkan PH sebagai "ejen Yahudi" telah petik di luar konteks.

Beberapa hantaran media sosial tentang kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 juga ditemui di TikTok beberapa hari selepas hari pengundian.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo