NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kes naik kepada 3,267, 10 kematian

Sebanyak 3,267 jangkitan kes terbaharu Covid-19 direkodkan semalam dengan sepuluh kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 3,265 kes penularan tempatan manakala dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,937,020 kes dan 36,514 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 34,829 kes aktif Covid-19, termasuk 91 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 63 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,635 orang atau 4.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,026 pesakit dilaporkan sembuh.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo