Sejumlah 94 pesakit ditempatkan di ICU, manakala 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. -Gambar fail/Astro AWANI |
JANGKITAN baharu COVID-19 pada Selasa mencatat penurunan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam adalah 1,672 berbanding 2,465 dicatatkan hari sebelumnya.
Sepuluh kes kematian direkodkan semalam akibat jangkitan COVID-19, di mana dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 26,578 kes aktif dicatatkan pada Selasa dan daripada jumlah itu 24,573 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,911 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Sejumlah 94 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.
Sumber I Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment