NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN menolak tawaran kerjasama walaupun ditawar MB - Tuan Ibrahim


SAYA
ingin membuat penjelasan berhubung dengan kemelut politik Negeri Pahang yang berlaku. Di mana kita sedia maklum selepas keputusan pilihan raya yang ke-15 di mana Dewan Undangan Negeri Pahang yang terdiri daripada 42 kerusi telah pun dimenangi 17 daripada PERIKATAN NASIONAL, 16 Barisan Nasional, dan 8 daripada PH.

Oleh kerana Dewan Undangan Negeri Pahang tergantung, tidak dapat dibentuk maka usaha-usaha telah pun dibuat untuk mencari jalan bagaimana proses pembentukan Kerajaan Negeri Pahang dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Saya secara peribadi telah pun berhubung Dato’ Sri Wan Rosdy Menteri Besar Negeri Pahang yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang untuk adakan pertemuan dan membincangkan beberapa kaedah penyelesaian kemelut.

Bagi PERIKATAN NASIONAL kami melihat bahawa perlunya muafakat dua parti besar iaitu Barisan Nasional dan PERIKATAN NASIONAL bagi membentuk Kerajaan Negeri Pahang. 

Saya telah mengadakan pertemuan yang turut sertai pertemuan pertama oleh Yang Berhormat alfadhil Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS.

Dan kami telah mengadakan pertemuan pertama menyatakan bahawa kita bersedia sekiranya kami ataupun kita menguasai Kerajaan Persekutuan, kita offer kepada beliau sekiranya beliau berminat untuk diangkat sebagai Menteri penuh di peringkat Persekutuan sebagai Senator dan kita angkat sebagai Menteri penuh.

Atau sekiranya beliau ingin kekal di Negeri Pahang, kita setuju bahawa dia kekal sebagai Menteri Besar Pahang.

Walaupun dia 16 kerusi, PERIKATAN NASIONAL 17 kerusi, tapi kita consider untuk jalan penyelesaian bahawa kita pembentukan Kabinet ataupun EXCO Negeri Pahang terdiri daripada 50-50, 50 daripada PERIKATAN NASIONAL, 50 daripada Barisan Nasional.

Manakala jawatan lain seperti Speaker. Oleh kerana beliau Menteri Besar, kita cadangkan supaya kepada PERIKATAN NASIONAL. Timbalan Speaker daripada Barisan Nasional. Menteri Besar daripada Barisan Nasional.

Timbalan Menteri Besar ataupun Timbalan kepada Menteri Besar daripada PERIKATAN NASIONAL. Manakala Exco lima daripada BN dan lima daripada PN. Dan pelantikan, ada lima lantikan ADUN. Ya. Kita buat oleh kerana beliau pegang Menteri Besar, kita cadangkan PERIKATAN NASIONAL dapat tiga kerusi dan Barisan Nasional dua kerusi. 

Kami anggap bahawa ini adil ya kerana kedudukan kita hampir seimbang 16 dan 17 kerusi. Ya. Tetapi oleh kerana kita ada offer baru dan beliau maklum pada kami bahawa PH juga menghubungi beliau dan menawarkan dia sebagai Menteri Besar.

Saya bawa isu ini kepada pimpinan parti dan saya mengadakan pertemuan kedua menyatakan bahawa kita bersedia, kompromi kepada dengan beliau untuk kita bentukkan sebuah kerajaan di mana dia menerajui kerajaan dengan cooperation tersebut.

BN menolak tawaran kerjasama

Tetapi saya dimaklumkan bahawa mesyuarat Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Pahang memutuskan bahawa Barisan Nasional kekal bersama dengan Pakatan Harapan, PH Negeri Pahang. 

Bermakna dia menolak kerjasama dengan PERIKATAN NASIONAL. Jadi dengan terbentuknya kerajaan tersebut, Tuanku Yang di-Pertuan Agong bersama Pemangku Raja Pahang telah pun memanggil kami berdua untuk bertemu di Istana Negara.

Dan saya hadir dan saya telah jelaskan bahawa pendirian kami daripada PERIKATAN NASIONAL, kita bersetuju supaya kerusi Menteri Besar diberi kepada Barisan Nasional, tetapi dengan kapasiti lima EXCO lima daripada PERIKATAN NASIONAL dan lima daripada Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy maklumkan pada Tuanku bahawa Perhubungan Umno membuat keputusan untuk kerjasama bersama Pakatan Harapan dan menolak kerjasama dengan PERIKATAN NASIONAL. Bagi kami, kami tidak ada pilihan, itu hasrat yang dikemukakan oleh beliau. ya.

Walau bagaimanapun Tuanku minta supaya kami duduk bincang untuk adakan pandangan terakhir kalau-kalau ada ya kerana Tuanku sendiri melihat bahawa perlunya ada kerjasama dari parti-parti termasuk tiga-tiga parti komponen kalau boleh ya.

Tapi dalam pertemuan terakhir di Syahzan dengan Tuanku Agong bersama dengan Pemangku, kami dimaklumkan bahawa  Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy maklumkan pada kami kalaupun PERIKATAN NASIONAL ingin bersama, dia hanya menawarkan satu kerusi Exco sahaja.

Dan saya telah pada Tuanku bahawa kami menolaklah, sebab kita ada 17 ya. PH ada lapan diberi dua Exco. Jadi saya rasa ini sangat tidak adil dan kita buat keputusan bahawa kita kekal sebagai pembangkang negeri Pahang.

Dan tawaran kami saya rasa tawaran yang paling baiklah pembentukan sebuah kerajaan PERIKATAN NASIONAL bersama Barisan Nasional. Namun BN menolaknya dan kita akur dengan keputusan tersebut.

Dan saya telah maklum pada Tuanku bahawa bagi kami, kami telah pun membuat tawaran sebagaimana yang telah saya nyatakan dan keputusan tersebut adalah keputusan muktamad daripada Barisan Nasional.

Dan kita mengakui ya dan menerima hakikat bahawa pembentukan kerajaan Barisan Nasional di Pahang bersama dengan Pakatan Harapan. Dan surat telah pun dikeluarkan oleh pihak istana memaklumkan pada umum bahawa pembentukan kerajaan di Pahang melalui Barisan Nasional bersama dengan Pakatan Harapan.

Pembangkang kompeten

Dan kami telah pun menerima hakikat tersebut. Dan insya-Allah kita kekal sebagai pembangkang yang kompeten insyaAllah dalam Dewan Negeri Pahang.

Beberapa item yang dibincang bersama dengan Tuanku juga saya telah maklum dan ini perkara ini akan diperhalusi berhubung dengan kaedah bagaimana kita dapat mengadakan suatu persefahaman dalam konteks kewajipan khususnya dari segi peruntukan di setiap DUN, pembangunan di kawasan-kawasan di seluruh negeri Pahang dapat dilaksanakan secara lebih adil dan sebagainya. 

Ya apa pun saya mengucapkan terima kasih banyak. Pertemuan sangat mesra, tidak ada perkara yang kasar, tidak ada apa pergaduhan. Kita hubungan baik dan kita mengakui masing-masing parti terikat dengan keputusan kepimpinan masing-masing.

Dan itulah penjelasan yang saya nak jelaskan supaya kekeliruan yang kononnya PAS menuntut tujuh kerusi Exco, PAS menuntut, PERIKATAN NASIONAL menuntut itu ini tak, sebenarnya tak betul ya.

Jadi dengan penjelasan ini saya yakin bahawa masyarakat mengetahui bagaimana proses perundingan tiga kali pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagaimana proses itu, tawaran-tawaran yang kita keluarkan pada dia ya untuk mewujudkan muafakat penyatuan ummah model negeri Pahang.

Tapi nampaknya gagal. Apa pun kita teruskan gerak kerja kita dan saya yakin insya-Allah sama-sama kita turun di DUN Tioman ini. Dan insya-Allah mudah-mudahan kita berjaya di DUN Tioman, kita akan menjadikan kerusi kita lebih kuat bagi menuju ke arah Pahang menjadi sebuah negeri yang dikuasai insya-Allah ya PERIKATAN NASIONAL ya pada masa hadapan.

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS





........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo