NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Pahang mengelabah, Selepas 24 Jam Pengumuman Calon


KUANTAN -
Selepas 24 jam Pengerusi BN Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon untuk 41 daripada 42 kerusi DUN yang akan bertanding dalam PRU15, sehingga petang ini, calon untuk kerusi DUN Cheka belum dimaklumkan kepada media. 

Pengumuman calon pagi semalam di Kuantan juga bermula dengan sedikit drama apabila wakil MIC ‘dinasihatkan’ untuk tidak hadir dan diarahkan ke ibu negara bagi menghadiri mesyuarat bersama pimpinan MIC Pusat. 

Namun, calon untuk kerusi DUN Sabai daripada MIC, V Arumugam yang juga Pengerusi MIC Pahang muncul lewat petang semalam bagi menerima watikah daripada Wan Rosdy. 

Difahamkan, calon untuk kerusi DUN Cheka terpaksa ditukar di saat akhir selepas Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di situ. 

Pada PRU14, kerusi DUN Cheka ditandingi dan dimenangi calon daripada MCA, Lee Ah Wong dengan majoriti 202 undi, menewaskan calon PAS dan PKR. 

Norolazali digugurkan.

Selain kerusi DUN Cheka, turut menjadi perhatian ialah kerusi DUN Guai selepas penyandangnya, Dato' Sri Norolazali Sulaiman digugurkan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo