NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN belum putuskan calon di 6 kerusi Parlimen


KUALA LUMPUR :
Barisan Nasional (BN) malam ini belum memutuskan calonnya yang akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kerusi itu termasuk Parlimen Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah, Bandar Tun Razak, Tumpat serta Kuala Nerus.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengumumkan senarai calon BN yang bertanding di kerusi itu pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), malam tadi.

BH difahamkan, kerusi itu masih diteliti memandangkan calon awal yang diputuskan pucuk pimpinan BN dan UMNO mendapat bantahan beberapa pihak termasuk akar umbi.

Ia dijangka diputuskan esok atau selewat-lewatnya sehari sebelum penamaan calon Sabtu ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo