NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila UMNO buka ruang kepada DAP, diam-diam DAP kini cuba meyerap masuk kubu UMNO Johor melalui JTPD



Bangsa Melayu Johor, awas kerana kebodohan pimpinan UMNO kini DAP akan menyerap masuk dalam kubu UMNO Johor... nak tak nak UMNO akan rela di'bodoh'kan dengan orang Melayu Islam akan hilang ketuanan, Johor akan jadi Pulau Pinang selepas Singapore hilang.


JOHOR BAHRU:
Pakatan Harapan (PH) Johor memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat daripada parti itu, terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse, berkata ia bertujuan, menyelaraskan gerak kerja memandangkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi rakan sekutu di peringkat persekutuan.

“PH Johor akan menulis surat rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. Saya harap atas budi bicara kerajaan negeri Johor khasnya Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, membenarkan ADUN dan Ahli Parlimen PH Johor untuk menjadi ahli JTPD dan terlibat dalam mesyuarat itu.

“Ini kerana kita sudah jadi rakan sekutu di persekutuan dan memang ada keperluan untuk kita menyertai mesyuarat bulanan di pejabat daerah bagi menyelaraskan gerak kerja, saya harap menteri besar boleh mempertimbangkannya,” katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pengundi di Parlimen Tebrau di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Puah dari PKR menewaskan Mohamad Isa Mohamad Basir (Perikatan Nasional) dan Nicole Wong Siaw Ting (BN) untuk menang di Parlimen Tebrau dengan majoriti 30,720 undi.

Pada 28 Nov tahun lalu, persidangan DUN Johor, dilaporkan menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.

Menteri besar ketika itu Hasni Mohammad dilaporkan berkata, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan kerajaan persekutuan, dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan ADUN dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Hasni dipetik berkata, atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN PH dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati, yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo