NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pemimpin Umno iringi calon PAS Pengkalan Chepa


KOTA BHARU:
Bekas ahli jawatankuasa Umno dan Wanita Bahagian Pengkalan Chepa turut hadir mengiringi calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) parlimen Pengkalan Chepa Dato’ Ahmad Marzuk Shaary.

Mereka sebahagian daripada bekas pimpinan Umno bahagian dan cawangan yang turut menyertai perarakan bagi memberi sokongan kepada Ahmad Marzuk.

Mereka menyertai Bersatu tahun lalu kerana tidak berpuas hati terhadap pimpinan Umno Pengkalan Chepa yang dianggap tidak cakna terhadap kesusahan rakyat.

Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Pengkalan Chepa, Che Mk memberi sokongan kepada calon PN.

Beliau berharap kemenangan kepada calon PAS dan Bersatu yang mewakili PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini ini.

“PRU-15 ini amat penting dan kemenangan calon-calon yang bersih amat penting untuk menerajui negara,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Institut Pendidikan Guru dekat sini.

Ketua Srikandi Bersatu Cawangan Simpang Tiga Pengkalan Chepa, Hasnah Daud pula meminta rakyat menolak calon BN kerana mereka merupakan calon pilihan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sewajarnya pengundi memilih calon yang bersih yang tidak pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita kena pastikan pemimpin yang bersih untuk menerajui kepimpinan negara kerana mereka yang akan menjaga kesejahteraan dn kepentingan negara dn rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo