NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Borang pencalonan dibatal, Peter Anthony akan fail semakan kehakiman


TENOM, 10 Rabiulakhir 1444H, Sabtu
– Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Isnin ini berhubung pembatalan borang pencalonannya bagi kerusi Parlimen Tenom dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, semakan itu perlu dibuat bagi mahkamah menentukan keputusan jika beliau layak atau tidak untuk bertanding sebagai calon di kawasan Parlimen Tenom.

Katanya, pembatalan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pusat dilakukan pada saat-saat akhir selepas beliau melepasi semua proses penamaan calon dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah.

“Semua prosedur itu telah kita patuhi dan dilaksanakan, termasuk mereka meminta bayaran RM15,000 (deposit pencalonan) juga dibayar, dokumen semua telah diperiksa dan mereka (SPR) memaklumkan kepada saya semua dokumen itu lengkap serta teratur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo