NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin pun tahu saya bukan proksinya, kata Tian Chua


PETALING JAYA:
Tian Chua menafikan pernah menjadi sebahagian daripada puak bekas timbalan presiden parti Azmin Ali ketika berada dalam parti pimpinan Anwar Ibrahim, menurut satu laporan.

Tian Chua, yang bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon Bebas, memberitahu The Vibes, dia hanya sehaluan dengan Azmin ketika pemilihan parti PKR 2018, menyokong bekas Ahli Parlimen Gombak itu untuk jawatan timbalan presiden.

“Azmin adalah menteri besar (Selangor) sebelum itu dan beliau sudah pun menjadi timbalan presiden PKR. Kami baru sahaja menawan kerajaan persekutuan, dan parti memerlukan kestabilan.

“Jadi saya berkata dengan tegas bahawa saya akan menyokongnya. Itulah kebenarannya. Saya tidak akan menafikan itu. Tetapi untuk orang melabel saya sebagai (sebahagian daripada) puak Azmin kerana itu, saya rasa itu sangat tidak adil.

“Saya tidak pernah dianggap sebahagian daripada puak Azmin. Malah Azmin sendiri tahu,” katanya dipetik The Vibes.

Beliau juga mendakwa, “kewartawanan simplistik” yang menyebabkan dia dikaitkan dengan puak Azmin dalam parti.

Bekas naib presiden PKR itu memilih untuk tidak bertanding semula untuk jawatan berkenaan semasa pemilihan parti awal tahun ini.

Tian Chua dilihat sebagai sekutu rapat Azmin yang mengetuai sekumpulan ahli PKR keluar parti, akhirnya menyertai Bersatu.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020, Tian Chua dibaling dengan botol dan ditampar, dicemuh oleh sekumpulan penyokong yang marah ketika beliau meninggalkan mesyuarat pimpinan tertinggi PKR pada 1 Mac.

Pergolakan politik itu menyaksikan Azmin dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada PKR, manakala Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Kamaruddin Jaffar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Edmund Santhara Kumar, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin meninggalkan parti itu bagi menyokong Azmin.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo