NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ayah ‘Shuib Sepahtu’ sertai PAS, tak menyesal tinggalkan UMNO


BAGAN SERAI, 03/11/2022
– Rasa bersyukur, jiwa lebih tenang dan suka membantu kerja-kerja kebajikan menjadi sebab utama Muhamad Bin Arshad, 64 tahun memilih parti PAS sebagai wadah terbaik untuk berjuang.

Lebih 11 tahun menjawat jawatan sebagai setiausaha UMNO cawangan Parit Haji Ali Alor Pongsu, Beliau yang juga ayah kepada selebriti terkenal ‘Shuib Sepahtu’ mengambil keputusan meninggalkan UMNO setelah melihat pelbagai masalah yang melanda parti tersebut.

Disaksikan Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria, Beliau dan isteri serta beberapa rakan secara rasmi menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dalam program pengumuman calon PERIKATAN NASIONAL yang diadakan di tapak pasar minggu Alor Pongsu pada Khamis.

Pengumuman tersebut menyaksikan Idris Ahmad dicalonkan untuk bertanding di parlimen P058 Bagan Serai manakala 3 DUN di bawahnya iaitu N10 Alor Pongsu ditandingi oleh Azman Ghazali, N11 Gunung Semanggol ditandingi oleh Razman Zakaria dan N12 Selinsing ditandingi oleh Sallehuddin Abdullah.

.....
https://mediafastaqim.com/



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo