NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar nafi jumpa Zahid

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di hadapan kediamannya di Bandar Sg. Long, Kajang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 NOVEMBER 2022.

KAJANG — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) mampu untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu enggan mendedahkan butiran parti yang bakal menyokong gabungan parti itu.

Katanya, parti-parti yang terlibat akan membuat pengumuman masing-masing.

“Saya masih tegas dengan pendirian saya, kita sudah mempunyai majoriti seperti yang saya kata semalam. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat menerusi perbincangan yang dibuat secara maya”

“Seperti yang saya dah kata malam semalam, ia dah pun diselesaikan. 

“Tetapi saya mahu mereka membuat kenyataan sendiri,” katanya ketika ditemui dihadapan kediamannya di Bandar Sg Long, Kajang, malam ini.

Tambah Anwar, beliau yakin akan diberikan peluang untuk mentadbir berdasarkan sokongan yang diterima.

“Kestabilan negara menyelamatkan negara dari unsur-unsur negatif, dan memulihkan memulihkan ekonomi adalah tugas bersama,” katanya lagi.

Ahli Parlime Tambun itu berkata, beliau akur dengan ketetapan Istana Negara untuk menamakan calon Perdana Menteri sebelum jam 2 petang esok.

Semalam PH berjaya menduduki 82 kerusi Parlimen, dan memerlukan baki 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar menafikan desas desus mengenai pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.-MalaysiaGazette





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo