NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cikgu Shukri bakal MB Perlis

KANGAR - Spekulasi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohd Shukri Ramli bakal dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu bertiup kencang apabila dikatakan menjadi satu-satunya calon Pas selepas gabungan itu berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas negeri yang berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang itu dijangka mendapat surat watikah pelantikan sebagai menteri besar pada petang Ahad.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin secara ringkas mengesahkan Mohd Shukri adalah calon yang akan diketengahkan sebagai menteri besar.

Sementara itu, Mohd Shukri yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shukri berkata, beliau sendiri tidak tahu siapa menteri besar baharu yang dipilih oleh Pas Pusat.

"Saya betul-betul tidak tahu kerana lantikan dibuat oleh pusat (Pas). Kena tunggu watikah sampai petang ini.

"Saya tidak berani mengesahkan apa yang Mursyidul Am kata tapi mungkin beliau lebih tahu. Beliau lebih rapat dengan kepimpinan pusat (Pas)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Mohd Shukri, 66, sebelum ini menjadi guru dari 1985 sehingga 2013 disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati, mesra dan berjiwa rakyat.

Kejayaan PN membentuk kerajaan negeri bakal menyaksikan wakil daripada Pas buat pertama kalinya akan memegang jawatan tersebut selepas 65 tahun dikuasai kerajaan BN.

Keputusan PRU15 menyaksikan PN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga setelah menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN.

PN juga menyapu bersih kesemua tiga kerusi Parlimen di negeri ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo