NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anuar Zaini sebar fitnah, Bersatu Perak nafi berebut jawatan MB dengan PAS

IPOH : BERSATU Perak menyifatkan dakwaan parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) jawatan itu dilantik daripada wakil PAS sebagai fitnah besar.

Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti didakwa itu dan ia berniat jahat serta cubaan menjatuhkan kredibiliti BERSATU.

"Heboh di aplikasi WhatsApp mendakwa kononnya ADUN PN berebut jawatan menjadi Menteri Besar. Saya memang tidak mahu mengulas isu berbangkit sebelum ini tetapi kenyataan sedang viral ini memang berniat jahat dan cubaan menjatuhkan kredibiliti kami.
"Saya perlu beri penjelasan tidak ada seorang pun ADUN BERSATU pernah mengeluarkan kenyataan seperti didakwa iaitu jika Menteri Besar daripada PAS maka kami akan keluar dari PN, ini satu fitnah besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainol berkata demikian sebagai merujuk kepada paparan tular mesej di kumpulan WhatsApp kenyataan Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang mendakwa kononnya ADUN PN berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar.

Menerusi mesej WhatsApp yang tular, Mohd Annuar dikatakan mendakwa PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan Menteri Besar sedangkan Sultan Nazrin mahukan kerajaan Perak ditubuhkan segera bagi selesaikan pembentangan bajet negeri sebelum musim banjir.

Annuar juga dikatakan mendakwa Pakatan Harapan (PH) membuat pengorbanan besar menerima syarat Barisan Nasional (BN) bagi jawatan Menteri Besar, perlantikan tiga Exco Perak dari BN, Speaker DUN serta menggugurkan tuntutan hak milik tanah 999 tahun.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo