NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Alat DAP: Ini fakta yang Anwar cuba sorok tapi tak boleh


PRESIDEN PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim begitu ketara dilihat mempertahankan dan membela DAP dalam banyak hal biarpun di sebalik kenyataan-kenyataan penafian. Keakraban kedua pihak bagaikan satu simbiosis, bahkan mungkin sukar terpisah umpama masin dengan garam, panas dengan api.

Kedua-dua pihak dilihat saling mencatur satu sama lain, tetapi lebih menonjol adalah DAP terhadap Anwar sungguhpun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu cuba menepis. Tiada gunapun Anwar menyangkal, kerana pandangan dan pemahaman kebanyakan rakyat negara ini sudah begitu mengerti watak keduanya.

Telah banyak tindakan dan kebersamaan yang menunjukkan keintiman saling bersandar dan membahu kedua pihak. Berikut sebahagian petikan kata-kata yang boleh menggambarkan hubungan erat tersebut:

7 Nov 2022 – “Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke 112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri,” kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dengan turut menegaskan bahawa DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat termasuk rundingan kerusi dalam kabinet.

4 Nov 2022 – “Ada penyokong yang bertanya sama ada saya boleh beri jaminan jika memerintah nanti DAP tidak kuasai kerajaan. ditanya. Pertama yang menjadi ketua pada 20 November nanti sekiranya menang bukanlah (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), tetapi Anwar Ibrahim. Jangan bimbang, DAP ini rakan kita yang setia dan mereka terima prinsip ini (Perlembagaan Persekutuan),” ujar Anwar.

2 Okt 2022 – “Sebagai Pengerusi DAP Perak, demi membantu Perak menang, saya hari ini mengalu-alukan supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di negeri Perak. Jika beliau datang, saya yakin bukan sahaja beliau akan menang, tetapi akan membantu kita memenangi semula Kerajaan Negeri Perak. Jangan lupa, negeri Perak ini sudah tiga penggal 50-50,” pelawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

16 Apr 2022 – “Bagi DAP sudah pasti kita dalam PH, apa pun keputusan PH mesti dibuat bersama, secara konsensus. Kami membuat keputusan lama dahulu. Itu keputusan tetap. Selagi tiada keputusan baru, maka keputusan itu masih kekal,” kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya calon Perdana Menteri pilihan DAP untuk PRU15.

29 Jan 2022 – “Sekarang kita dengan AMANAH dan UPKO di Sabah. Tapi jika mereka hendak bincang secara berasingan dengan PKR atau DAP, kita tiada halangan. Tapi untuk memberikan syarat (kerjasama) tanpa DAP atau tanpa PKR, sukar diterima,” kata Anwar ditanya kemungkinan kerjasama PH dengan parti-parti lain.

4 Feb 2021 – “Buat masa ini masih lagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Sekiranya ada apa-apa perubahan calon Perdana Menteri, ia mesti melalui keputusan PH. Kita (DAP) melihat pilihan-pilihan sedia ada, iaitu selain daripada Anwar, pilihan lain ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi terdapat pilihan lain iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

23 Sep 2020 – “Kami mengambil maklum pengumuman dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen. Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu jika mempunyai cukup majoriti,” katanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai dakwaan Anwar memiliki majoriti ‘kukuh dan meyakinkan’.

4 Dis 2016 – “Kami (DAP) sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM (Perdana Menteri), terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jadi DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab,” ujarnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pun demikian, dalam banyak kenyataan mengenai hubungan keduanya termasuk yang dilihat Anwar membentengi DAP, beliau nampaknya gagal menjawab, bahkan sering mendiamkan diri tatkala DAP dipersoal mengenai sikap ekstrem anti-Islam dan Melayu atau hal ehwal berkaitan.

Juga hubungan atau bantuan daripada anasir asing yang boleh menjejaskan kedaulatan negara, termasuk bersama kumpulan atau pihak jelik. Sikap Anwar yang sedemikian hingga menimbulkan pandangan bahawa beliau turut bersekongkol dengan perkara tersebut.

Tidak perlu Anwar menyanggah, kerana dengan berbuat demikian, semakin dilihat beliau cuba memperbodoh dan merendahkan minda rakyat. Malah, sudah banyak dalam kalangan ahli-ahli politik turut melihat betapa Anwar mengikut telunjuk parti Cauvinis itu kerana bersedia menobatnya sebagai Perdana Menteri.

Percaturan dan benaman kuku DAP ke dalam PH bukan lagi tindakan belakang tabir. DAP pernah campur tangan mewujudkan gerakan mengambil alih kepimpinan PAS sebagaimana kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), G18, Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudian menaja pembentukan PAN.

Begitu juga terhadap PKR, apabila DAP hanya menamakan Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Sikap yang menderhaka kepada Istana Selangor itu, bahkan sebenarnya menunjukkan DAP bersungguh menguasai dan membonekakan isteri Anwar.

Termasuk dengan DAP melantik Setiausaha Agung PKR, Dato’ Saifuddin Nasution dan Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin. Masing-masing mereka sebagai Penasihat Strategik dan Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika itu.

Dengan pelantikan tersebut, DAP dilihat menjadikan mereka ‘suntikan’ untuk mempengaruhi keputusan mesyuarat PKR dalam sesuatu kepentingan. Setidaknya akan menjadi penimbang tara kepada hak-hak DAP supaya terlaksana segala tujuan dikehendaki DAP.

Bahkan petunjuk bahawa DAP mempengaruhi Anwar dan beliau bersedia diperalatkan apabila bertanding di kerusi Parlimen Tambun sebagaimana ditawarkan DAP. Selain DAP akan membantu memenangkan Anwar, beliau juga dilihat akan merealisasikan nafsu DAP merampas Perak.

Langkah seumpama telahpun pernah dibuat PAP Singapura yang merupakan induk asal DAP di negara ini. Pemimpin Melayu dan penonjolan mesra Melayu dijadikan muslihat mempengaruhi sokongan. Namun, apabila PAP berkuasa di Singapura, kepentingan Melayu dan Islam terhakis.

Nasib malang sama juga sedang menimpa kaum Melayu-Islam di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang termasuk rakyat miskin dalam kalangan Cina dan India. Malah, strategi serupa juga dibuat di Johor dalam rangka DAP menawan negeri itu apabila meletakkan beberapa tokoh bertanding.

Antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dari kerusi Parlimen di Melaka dan Selangor, setelah kuat di Pulau Pinang beliau dibawa bertanding di Parlimen Ipoh Timur. Kemudian dalam rangka memenangi Johor, beliau dibawa bertanding ke Parlimen Gelang Patah pada PRU13 dan kemudian Iskandar Puteri pada PRU14.

Pasca-PRU14 menyaksikan gelombang rakyat Malaysia khususnya umat Melayu-Islam membebas dan menjauhikan diri daripada DAP serta sekutunya PH setelah terdedah wajah sebenar. Malangnya, ada pemimpin tertinggi parti Melayu-Islam yang pergi menyerah tengkuk kepada parti pro-Komunis itu.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo