NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ahli Parlimen U-turn? Saya tidak tahu, tunggu keputusan rasmi' - Redzuan


KUALA LUMPUR :
Datuk Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan beliau tidak tahu jika ada ahli Parlimen yang membuat pusingan U selepas menandatangani surat akuan berkanun (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu meminta semua pihak terutama media menunggu keputusan rasmi selepas jam 2 petang nanti.

“Saya tidak tahu ada U-turn, atau tiada U-turn.

“Tunggu keputusan yang rasmi. Tunggu pukul 2 petang nanti. Tunggu ya, sila makan dulu," katanya semasa memberhentikan kenderaan dan mengagihkan makanan dan minuman kepada media di luar pekarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Beliau dalam masa sama menafikan mengetahui mengenai SD terbaharu daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Itu saya tidak tahu. Apa yang telah diumumkan (PN), itulah dia. Tunggu,” ujarnya.

Mohd Redzuan adalah antara pimpinan PN yang hadir di kediaman Muhyiddin sejak pagi tadi.

Selain beliau, turut kelihatan, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Semalam, Abdul Hadi berkata, gabungan parti itu masih menunggu undangan Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, PN sudah mempunyai lebih majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan berkata, surat akuan berkanun (SD) yang dihantar ke Istana Negara adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan PN menang 73 kerusi Parlimen setakat ini termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo Pas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo