NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen Permatang Pauh harap Anwar tak lupa bekas kubu kuat


BUKIT MERTAJAM:
Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berharap agar Anwar Ibrahim memantau kawasan itu berikutan pelantikannya sebagai perdana menteri.

“Permatang Pauh ialah (kerusi) warisan Anwar. Diharapkan beliau akan memberi perhatian kepada keperluan kawasan ini,” kata Fawwaz kepada pemberita semalam.

Anwar pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama enam penggal, selepas pertama kali memenangi kerusi itu pada 1982. Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan anak perempuannya, Nurul Izzah, juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan itu.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, Fawwaz menewaskan Nurul Izzah dan calon Barisan Nasional serta Pejuang dalam pertembungan empat penjuru.

Mengenai kemenangannya, yang dianggap sebagai antara yang signifikan pada PRU15, Fawwaz berkata, beliau percaya pengundi mahukan Ahli Parlimen yang lebih kerap berada di lapangan.

“Kita tahu (Permatang Pauh) kubu kuat keluarga Anwar, tetapi pengundi mahu Ahli Parlimen yang ada untuk mereka. Ada juga yang mahukan perubahan,” kata Ahli Parlimen PAS itu.

Mengenai perkara berasingan, Fawwaz menafikan dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan TikTok untuk memfitnah pesaingnya.

Beliau berkata PAS, sebagai rakan gabungan PN, telah menyatakan bahawa ia tidak akan menyalahgunakan platform itu untuk memfitnah orang lain kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kami menolak isi kandungan yang mempunyai unsur provokasi dan fitnah,” katanya apabila mengulas mengenai video TikTok yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mendukung agenda Kristian.

Pengkritik mengaitkan PN dengan video-video sebegitu, namun menurut Fawwaz, isi kandungan seperti itu tiada kena mengena dengan gabungan itu.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo