NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yayasan Hijau Malaysia sasar tanam 3,400 pokok di empat hutan simpan kekal tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Amin Abdullah


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia Amin Abdullah berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha yayasan itu dalam mengurangkan impak perubahan iklim sekali gus membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencapai sasaran mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celcius menjelang akhir abad ini.

“Ini merupakan usaha yang baik dan wajar dihebahkan kepada orang ramai kerana ia dapat memberikan manfaat kepada kumpulan masyarakat…usaha ini tidak terhad kepada kawasan hutan simpan sahaja, sebaliknya akan meneruskan usaha ini di kawasan hutan paya bakau serta hutan landskap,’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Program Inisiatif Penghutanan Semula di Taman Eko Rimba yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah JPSM Datuk Zahari Ibrahim di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata Kamal Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Edotco Mohamed Adlan Ahmad Tajudin.

Sementara itu Zahari dalam ucapannya berkata inisiatif penanaman pokok itu dilaksanakan di Hutan Simpan Chini di Pahang, Hutan Simpan Pedu di Kedah, Hutan Simpan Bukit Hantu di Johor dan  Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Katanya, pada hari ini sebanyak 120 pokok pelbagai spesies hutan seperti Pokok Merbau, Balau dan Nyatuh Taban Merah ditanam di Hutan Simpan Bukit Nanas dengan kos penyelenggaraan dianggarkan lebih RM1.19 juta yang akan dibiayai Yayasan Axiata dan Edotco dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Mohamed Adlan berkata dalam usaha mengurangkan impak perubahan iklim pihaknya juga telah menanam lebih 40,000 batang pokok di Malaysia dan juga di negara-negara syarikat itu beroperasi.

“Kumpulan Edotco dan Yayasan Axiata akan mempertingkatkan lagi usaha dalam mencapai matlamat neutral karbon 2030 melalui jalinan kerjasama dengan Yayasan Hijau Malaysia dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah agenda Penghijauan Malaysia,” katanya. 

Kamal pula berkata Yayasan Axiata melaksanakan Program Inisiatif Penghutanan Semula itu melalui tiga pendekatan utama iaitu membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; mengintegrasi dimensi alam sekitar yang menyantuni masyarakat dan menitikberatkan pembangunan lestari.

-- BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo