NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di Kedah pulih, PPS terakhir di Kota Setar ditutup


ALOR SETAR, 31 Okt (Bernama) -- Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kota Setar pada 7 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti yang dibuka pada Jumaat lepas, ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

"PPS yang menempatkan 75 orang daripada 25 keluarga itu ditutup selepas kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut dan kerja pembersihan selesai dilakukan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sebuah lagi PPS di daerah Kubang Pasu yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai pada 26 Okt lepas ditutup pada 1.15 tengah hari tadi.

Sementara itu, cuaca di kawasan daerah Kota Setar hujan renyai pada malam ini.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo