NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maxis masih menilai keperluan tadbir urus perjanjian akses 5G


KUALA LUMPUR, 31 Okt  (Bernama) -- Maxis Bhd kini masih menilai keperluan tadbir urus untuk perjanjian akses 5G dan komited untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, ia juga komited untuk memainkan peranan aktif dalam penyediaan 5G selaras dengan cita-cita digital negara, serta menggunakan rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) untuk perkhidmatan 5G.

“Maxis juga menantikan peluang untuk membawa perkhidmatan dan penyelesaian 5G terbaik kepada pelanggan dan yakin untuk melancarkan 5G dalam masa yang terdekat.

 “Maxis akan terus menyokong aspirasi 5G negara dalam mengukuhkan daya saing Malaysia di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Maxis telah pun membangunkan kes penggunaan rentas industri dan menjalin perkongsian dengan pemain utama untuk perkhidmatan dan penyelesaian 5G.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo