NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter rancang caj AS$20 sebulan ke atas pengguna sa


Rangkaian sosial Twitter merancang mengenakan bayaran AS$20 sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan yang merupakan sebahagian daripada baik pulih diumumkan Elon Musk, lapor Sputnik, memetik media pada Isnin.

Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 Nov atau mereka akan kehilangan pekerjaan, lapor Verge.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion pada Jumaat lepas. Ciapannya pada Ahad bahawa "keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak”.

Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 sebulan. Ciri baru itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan, lapor Verge.

-Bernama


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo