NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wakaf Air : Yayasan Waqaf Malaysia beri anugerah khas kepada KASA

ANUGERAH KHAS WAKAF AIR! 

Pihak Yayasan Waqaf Malaysia telah berbesar hati memberi anugerah khas kepada KASA atas pencapaian signifikan dan sumbangan besar Wakaf Air kepada ummah. 

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, dana terkumpul Wakaf Air telah mencecah RM4.26 juta, manakala jumlah agihan yang telah dimanfaatkan kepada rakyat adalah sebanyak RM1.5 juta sehingga 4 September lalu. 

Anugerah telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada En. Ahmad Nor Izwan bin Ahmad Daniel, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Wakaf Air, Seksyen Pembangunan KASA semasa Majlis Apresiasi Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia 2022. 

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pewakaf!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo