NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amirudin menghadap Sultan Selangor


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di Istana Bukit Kayangan di sini untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kira-kira jam 10.05 pagi pada Selasa.

Amirudin dijangka memberi taklimat kepada Sultan Sharafuddin berhubung keputusan kerajaan negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Amirudin memaklumkan, beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin pada Selasa untuk memberikan taklimat berkenaan perkara itu.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, PH kekal pendirian tidak mahu mengadakan PRU15 pada tahun ini dengan mengambil risiko kemungkinan banjir.

Pada Rabu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika PRU15 diadakan tahun ini seperti diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden.

Bagaimanapun Ismail Sabri mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya iaitu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama.

Sumber | SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo