NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Uruguay sukakan cabaran di Piala Dunia'

Aksi Valverde ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Sevilla di stadium Santiago Bernabeu, Madrid, 22 Okt 2022. (Foto AP)

URUGUAY menyifatkan pasukan Amerika Selatan itu lebih selesa diundi dalam kumpulan sukar pada Piala Dunia 2022 di Qatar pada November ini.
Malah menurut pemain tengah Uruguay, Federico Valverde, kumpulan sukar secara tidak langsung menyaksikan angkatan Diego Alonso lebih serius menghadapi temasya bola sepak berprestij dunia tersebut.

“Semakin sukar kumpulan itu lebih baik. Kami perlu menghadapi pasukan yang kuat, kami memerlukan sesuatu seperti ini.

“Apabila kita mendapat sesuatu yang mudah, kita meremehkannya. Sebagai rakyat Uruguay, kami sukakan cabaran dan mempunyai senjata untuk menjadi protagonis jika kami percaya,” kata Valverde.
Uruguay diundi dalam Kumpulan H akan memulakan kempen di Qatar menentang Korea Selatan pada 24 November, diikuti berdepan pemenang Euro 2016 Portugal (28 November) dan Ghana (2 Disember).

Uruguay memenangi Piala Dunia dua kali, pada tahun 1930 dan 1950.
Empat tahun lalu di Rusia, La Celeste tersingkir di suku akhir tetapi Valverde percaya Uruguay boleh pergi lebih jauh di Qatar.
“(Jurulatih Uruguay) Diego Alonso memberitahu bahawa kami boleh menjadi juara dunia dengan syarat setiap pemain perlu mempunyai impian ke arah itu.
“Ya, kami juga mungkin tidak dapat, tetapi matlamat adalah untuk meninggalkan jejak. Apa-apa sahaja boleh berlaku di atas padang dan anda perlu berjiwa besar dalam bola sepak,” kata Valverde.
Valverde, yang memulakan karier seniornya di kelab Uruguay Penarol, muncul sebagai pemain utama untuk juara Eropah Real Madrid musim ini dengan tujuh gol dan dua bantuan gol.
Namun pemain berusia 24 tahun itu berkata, bermain untuk pasukan kebangsaan adalah perkara paling indah dalam karier bola sepaknya.
“Saya suka Penarol, saya bermain di sana dan memenuhi impian. Sekarang saya berada di kelab terbaik di dunia, Real Madrid. Tetapi La Celeste berbeza. Ia satu penghormatan, tidak ada yang seumpamanya di tempat lain,” katanya. - Sinar Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo