NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liverpool undang padah lepaskan dua gol aneh - Klopp

Crysencio Summerville (kanan) dan pemain lawan Joe Gomez berebut bola dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Leeds United di Anfield, Liverpool, Britain, 29 Okt 2022. REUTERS

LIVERPOOL 1 LEEDS 2
Jurgen Klopp menyimpulkan bahawa Liverpool sengaja mengundang padah berdasarkan corak bertahan mereka dalam gol kemenangan Leeds United, awal pagi tadi.

The Reds tumbang 1-2 dalam satu perlawanan dramatik di Anfield selepas sepakan yang dilepaskan Crysencio Summerville di dalam kotak penalti untuk membawa Bournemouth keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool memiliki beberapa pemain di kubu mereka tetapi masih gagal menyekat hantaran lintang Wilfried Gnonto di sebalik berdepan dua pertahanan tuan rumah.
Begitupun, Patrick Bamford yang terdahulu memenangi hantaran itu kemudian membiarkan Summerville melepaskan percubaan, lantas mengundang kekesalan Klopp.

"Ini satu kerugian besar," kata pengurus Jerman itu kepada Sky Sports.
“Saya fikir kami membuat permulaan yang sangat baik tetapi melepaskan gol yang aneh.
"Kami menjaringkan gol penyamaan tetapi atas sebab tertentu ia tidak menjamin kedudukan kami. Kami bergelut untuk menguasai permainan dan kerap kehilangan bola.
“Barisan pemain telah berusaha, kami mengawal permainan dan mempunyai peluang terhidang tetapi pada akhirnya jika ia kekal 1-1 dan kami mampu elak daripada dibolosi buat kali kedua seperti ini, maka segala-galanya masih terbuka.
"Akhirnya, ia menjadi dua lawan satu di dalam kotak penalti lawan dan mereka mampu mempertahankan situasi itu. Masalahnya kami tidak mampu mencengkam perlawanan seperti ini."
Tambahnya: "Prestasi pasukan sentiasa bersandarkan persembahan individu. Ia tetap begitu, ia tidak pernah berbeza, jadi bagaimana ia boleh berbeza ketika ini? Kami saling memimpin.

“Anda boleh lihat kami berdepan banyak detik yang baik dalam sebahagian besar perlawanan ini, tetapi semuanya tidak memadai sekiranya anda tidak menyudahkan kesempatan yang ada.
"Anda boleh menonton perlawanan ini sepenuhnya, tetapi kami sama sekali tidak boleh bertahan seperti gol kedua yang kami lepaskan.
"Tetapi kami telah melakukannya, itulah sebabnya kami kalah, jika tidak kami layak meraih satu mata dan kami akan terus memandang ke depan.
"Ketika ini kami pulang dengan tangan kosong dan kami rasa lain."

Sumber | Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo