NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Padang Besar teruskan kerjasama dengan Pas


KANGAR: UMNO Bahagian Padang Besar akan meneruskan kerjasama dengan Pas di sebalik kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) `tertangguh’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagiannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, UMNO tidak boleh meminggirkan Pas di peringkat bahagian kerana  kerjasama antara kedua-dua pihak sudah  terjalin sejak sekian lama.

Menurut beliau, sesetengah ahli Pas juga amat selesa bersama UMNO khususnya menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN).

“Kita lihat Pas di Padang Besar juga boleh meneruskan kerjasama dengan UMNO walaupun di peringkat pusat bertentangan.

“Kita tak boleh pinggir mereka (Pas) di sini, malah ada kawasan peti undi Pas sebelum ini juga saya berjaya meraih kemenangan atas kerjasama ini,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Seri Jernih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan di sini, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum ini membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU-15, atas prinsip penyatuan ummah.

Keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat UMNO di backbone parti tersebut perlu meninggalkan Parti Pribumi Ber­satu Malaysia (Bersatu) jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar, Zahidi berkata, pihaknya tiada masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan namun setiap calon yang ditampilkan itu seharusnya boleh memenangkan parti.

“Kalau berkenaan pilih calon ini, kita di Bahagian Padang Besar cadang supaya dikekalkan semua calon sedia ada bagi membolehkan kemenangan parti ini dalam PRU-15,” katanya.- UTUSAN






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo