NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairuddin tidak disenarai calon BN di Kuala Nerus


KUALA NERUS:
UMNO Bahagian Nerus menolak dakwaan bekas Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali bakal bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Nerus pada  Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Apli Yusoff berkata, nama bekas Ahli Parlimen itu tidak pernah dibincangkan sebagai calon BN pada mesyuarat di peringkat bahagian dan perhubungan.

'Kita menafikan dakwaan Dr. Mohd. Khairuddin tersenarai mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus seperti diviralkan

Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Apli Yusoff berkata, nama bekas Ahli Parlimen itu tidak pernah dibincangkan sebagai calon BN pada mesyuarat di peringkat bahagian dan perhubungan.Katanya, beliau menganggap dakwaan tersebut yang tersebar di media sosial baru-baru ini sebagai provokasi bagi tujuan menjejaskan keharmonian dalam kalangan ahli dan pimpinan parti di parlimen ini menjelang PRU15.

“Kita menafikan dakwaan Dr. Mohd. Khairuddin tersenarai mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus seperti diviralkan.“Kita akui beliau hadir ke beberapa program yang dianjurkan UMNO bersama dengan beberapa pimpinan tertinggi parti, namun tiada kaitan sebagai calon BN,” kata beliau selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Pelancaran Jentera PRY BN Parlimen Kuala Nerus di sini, semalam.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo