NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kami kecewa, tapi perlu ‘move on’, Chow beritahu pengundi


GEORGE TOWN:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengakui akan wujud sedikit kekecewaan berhubung keputusan tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan persekutuan, meminta penyokong memahami dan menerima keputusan itu.

Beliau menggesa pengundi untuk “move on” dan memfokuskan usaha supaya Barisan Nasional dan Umno tidak dapat memenangi 13 kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum ke-15.

Chow berharap pengundi Pulau Pinang akan memahami keputusan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan pilihan raya negeri ke masa lain.

Katanya, walaupun ada yang mungkin kecewa, ia adalah “keputusan demokratik” pucuk pimpinan PH.

“Kami menggesa semua penyokong memfokuskan apa yang menanti kita, iaitu untuk memenangi PRU. Kami tidak mahu calon BN atau Umno menang mudah di Pulau Pinang.

“Pengundi perlu keluar beramai-ramai untuk mengelakkan kebangkitan semula Umno dan BN.

“Kita perlu berusaha supaya jumlah keluar mengundi tinggi. Ia adalah hak demokratik yang tidak patut dilepaskan,” katanya di luar sebuah acara di sini.

Chow berkata, langkah seterusnya ialah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan memutuskan tarikh pilihan raya negeri.

Mengenai pilihan raya negeri secara berasingan akan menelan lebih banyak kos, beliau menyerahkan soalan itu untuk dijawab Suruhanjaya Pilihan Raya.
Katanya, parti politik juga perlu berbelanja lebih untuk pilihan raya negeri berasingan.

Pada 2018, PH hampir menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Pulau Pinang, dengan memenangi 11 daripada 13 kerusi dan baki dua lagi dimenangi Umno.

Selepas penjajaran semula persekutuan dalam politik pada awal 2020, kerusi yang disandang Umno berkurangan kepada satu di Kepala Batas, apabila penyandang kerusi Parlimen Tasek Gelugor daripada Umno, Shabudin Yahaya melompat ke Bersatu.

PH turut hilang satu kerusinya di Nibong Tebal yang dimenangi PKR, dengan bekas ketua PKR negeri, Mansor Othman melompat ke Bersatu.

Dalam sesi Parlimen terakhir, Ahli Parlimen Pulau Pinang terdiri daripada tujuh wakil DAP, tiga PKR, dua daripada Bersatu dan seorang Umno.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo