NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin UMNO Kedah Mabuk Hisap Ganja?


Sebelum ini UMNO Kedah menolak sebarang kerjasama bersama PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan berhajat kembali berkuasa dan memerintah negeri itu.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata penolakan itu bukan bermakna UMNO sombong atau tidak suka akan penyatuan, sebaliknya ia mempunyai asas yang jelas dan konsisten.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, penyatuan harus mempunyai niat dan sebab yang baik dan bukan semata-mata kerana hendak kekal berkuasa atau mahu menang lebih banyak kerusi.

Apabila PAS menyatakan penderian untuk bersama Bersatu dan PN setelah UMNO beri 3 syarat, UMNO membuat kenyataan hentam PAS pula...

UMNO Kedah mengakui kecewa dengan keputusan Pas Pusat yang meneruskan kerjasama politik bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata, kini UMNO tidak lagi mempunyai pilihan selain menganggap Pas sebagai lawan di pentas PRU kali ini kerana memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Walau bagaimanapun, beliau melihat masih ramai yang mahu kerjasama Muafakat Nasional (MN) diteruskan pada masa hadapan kerana melibatkan kepentingan agama Islam dan juga orang Melayu.

Pelik UMNO sekali tak nak sekali nak.
Yang mana betul?
Atau sekadar membuat isu dalam media tujuan nak salahkan PAS atas kegagalan MN?

Mereka sebenarnya berniat jahat.
Mereka tak kenang budi walaupun telah diselamatkan oleh PAS ketika rakyat lihat UMNO sepeti lihat najis dan muntah.

Muafakat Nasional sebenarnya mainan UMNO untuk menyelmatkan diri mereka tak ada niat pun nak bersatu atas Islam dan Melayu. Yang ada hanyalah untuk menyelamatkan kroni perompak mereka. Jika perompak ini selamat makan mereka dapat sedikit habuan untuk tembolak mereka.

Yang pelik ahli-ahli UMNO boleh percaya pemimpin yang bercakap macam 'mabuk ganja'. Kalau ahli bodoh tak pelajaran kita boleh maaf tetapi dalam UMNO ada yang berpelajaran tetapi otak masih sempit boleh ditipu oleh golongan penyangak yang memimpin mereka dan mereka yang ada ilmu dalam UMNO macam lembu boleh dicucuk hidung bodoh tak berani melawan biar perompak menguasai dan mengugut ahli-ahli demi kepentingan diri dan kroni mereka.

NASIR RAMLEE







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo