NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manfaat sepenuhnya media sosial supaya rakyat undi PN


PETALING JAYA
: Semua ahli dan jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus memainkan peranan masing-masing mengajak rakyat mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, peranan itu boleh diambil dengan memanfaatkan media sosial supaya parti itu dapat membentuk kerajaan yang bersih dan prihatin. 

“Media sosial akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya. Akaun-akaun media sosial sebaiknya haruslah menggunakan dan mempromosikan identiti PN, tayangkan logo PN sejelas-jelasnya. 

“Saya seru semua ahli dan penyokong Bersatu agar gunakanlah semua kemudahan yang ada untuk membawa kemenangan kepada perjuangan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – UTUSAN







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo