NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tengku Zafrul bersedia untuk bentang Bajet 2023

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan bangunan kementeriannya pada jam 2.30 petang untuk pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini.

Tengku Zafrul yang segak berbaju Melayu warna biru turquoise dan bersamping terlebih dulu mengaminkan doa yang dibacakan Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Mohamad Zukrillah Ismail di lobi kementerian.

Tengku Zafrul turut dilihat memegang beg hitam dengan tenunan perak mengandungi teks ucapan Belanjawan 2023.

Turut sama mengiringi beliau ialah kedua-dua timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu.

Sebelum ini, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 kali ini bertemakan Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

Pembentangan Bajet 2023 dijadualkan jam 4 petang ini akan memberi fokus kepada empat agenda iaitu kepada rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo