NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahan kenaikan OPR - Kata Penganalisis

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka tidak dinaikkan melebihi 3.0 peratus iaitu kadar pada 2019 dalam masa terdekat atau tahun depan.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, sekiranya Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menaikkan kadar faedah pada November dan Disember tahun ini seperti yang diunjurkan 0.75 peratus setiap bulan, maka ia akan memberikan tekanan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk merapatkan sedikit jurang dengan bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu.

Namun, katanya, walaupun BNM membuat kenaikan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang, ia tidak banyak membantu perununan nilai ringgit yang dijangka terus menurun bersama matawang lain berbanding dolar, ini kerana kenaikan dolar AS dijangka besar kali ini.

"Sebaiknya kadar OPR tidaklah perlu dinaikkan sehingga kadar hingga 3.0 ke 3.25 peratus dalam masa terdekat ini, kerana rakyat cukup tertekan dengan kenaikan kadar inflasi sekarang dan ramai yang masih belum pulih sepenuhnya selepas pandemik dan bencana alam.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menahan kenaikan kadar OPR sehinggalah kadar pertumbuhan ekonomi mencapai paras pencapaian tahun 2018 dan 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda.


"Ekonomi domestik mesti dibangunkan dan dipulihkan sepenuhnya, aliran tunai mestilah dibenarkan bergiat cergas," katanya kepada Bisnes Metro.

Sementara itu, menurutnya, di antara indeks yang mengukur kekuatan mata wang dolar (ASD) adalah DXY, iaitu indeks (atau ukuran) nilai dolar AS berbanding sekumpulan mata wang asing, sering dirujuk sebagai sekumpulan mata wang rakan perdagangan AS yang kini ia berada pada kadar 113, iaitu meningkat 20 peratus dalam tempoh setahun lalu.

"Index DXY dijangka terus naik sekiranya bank pusat AS menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat, dijangkakan kenaikan 0.75 peratus pada November ini dan kadar yang sama sekali lagi dalam bulan Disember, menjadikannya 4.75 peratus pada akhir tahun ini.

"Bagaimanapun kadar ini dijangka terus dinaikkan oleh pihak AS sehinggalah tahun hadapan iaitu kadar inflasi sebulan dapat diturunkan dari lapan peratus sekarang kepada hanya dua peratus, itulah sasaran pihak Bank Pusat AS," katanya.

BNM menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas bermula tahun ini selepas OPR diturunkan kepada kadar terendah iaitu 1.75 peratus disebabkan pandemik dan September lalu OPR dinaikkan bagi tiga kali berturut-turut sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

OPR juga dijangka mengalami satu lagi kenaikan 25 mata asas November ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo