NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suami sanggup rompak Bank kerana nak tinggalkan bini, tapi hakim buat dia menangis tak berlagu...


Lawrence John Ripple merupakan seorang lelaki yang berasal dari wilayah Kansas di negara Amerika Syarikat

Lawrence pernah menggegar dunia dengan kisahnya yang agak lawak dan agak menyedihkan.

Lawrence telah merompak sebuah bank di bandar Kansas dan apa yang anehnya, setelah merompak, dia tidak lari.

Sebaliknya, Lawrence duduk di tepi pengawal bank itu dan mengarahkan pengawal itu menelefon pihak polis.

Pihak polis tiba di tempat kejadian dan memberkas Lawrence. Dia tidak melawan sebaliknya menyerah diri pada pihak polis.

Ketika disoal, dia sengaja membuat rompakan supaya dirinya ditahan dan dipenjarakan.

Hal ini demikian kerana dia lebih rela tinggal dalam penjara daripada tinggal bersama isterinya.

Ini kerana Lawrence selalu bergaduh dengan isterinya dan dia selalu menjerit pada isterinya bahawa dia lebih rela tinggal dalam penjara. Musibat punya Lawrence.

Malangnya, cita-cita Lawrence tidak kesampaian. Hal ini demikian kerana hakim bertindak bijak dengan menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun terhadap Lawrence tetapi bukan dalam penjara sebaliknya perlu berkurung dalam rumah. Maksudnya, penjara dalam rumah.

Menangis tak berlagu lah Lawrence.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo