NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita dikurung suami tergantung di tingkat 5 cuba beli makan demi anak sakit


KECOH
 sebuah pangsapuri apabila seorang wanita dilihat tergantung di luar tingkap rumahnya dari tingkat lima.

Kejadian itu yang berlaku di sebuah perumahan pangsapuri di Rorotan, Cilincing, Jakarta Utara, Indonesia, mengundang perhatian penduduk di kawasan terbabit apabila mereka bergegas merentang kain di bawah bagi mengelak wanita itu ditimpa kecederaan.

Namun, insiden itu berjaya diselamatkan oleh ketua rukun tetangga di kawasan berkenaan apabila pantas mencapai kaki wanita tersebut.

Kejadian itu yang tersebar di laman Instagram, difahamkan berpunca daripada pergaduhan yang berlaku antara mangsa dan suaminya.

Pergaduhan kedua pasangan itu terjadi selepas si suami bertindak mengurung dan tidak membenarkan isterinya keluar dari rumah.

Enggan patuh kepada arahan tersebut, wanita berkenaan kemudiannya nekad untuk melepaskan diri melalui tingkap namun, malang menimpa dirinya apabila dia tersangkut di situ.

Menurut Ketua Persatuan Penduduk, Rustiadi, wanita terbabit melakukan perbuatan berbahaya itu untuk keluar membeli makanan bagi merawat anaknya yang sakit.

“Oleh kerana dikurung di dalam rumah, dia mengambil keputusan keluar daripada tingkap untuk pergi ke rumah jiran sebelah bagi mendapatkan makanan.

“Meskipun takutkan ketinggian, dia masih mencuba untuk mencapai tingkap kediaman di sebelah rumahnya.

“Sebaik berada di luar, wanita itu mula berasa takut dan pergerakannya terhenti di belebas tingkap,” katanya.

Namun, insiden itu berjaya diselesaikan dengan baik dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan terjadi.

Nasib si suami tidak dapat dipastikan sama ada dia ditahan pihak berkuasa kerana bertindak mengurung isterinya sendiri. — Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo