NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seimbang tumpuan: PAS bawakan model pentadbiran masa depan


PAS
cuba buktikan dengan berpegang pada syariat Islam kita tetap akan maju dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri mahupun negara yang lain. 

1. PAS haramkan judi, tapi sentiasa meningkatkan nilai pelaburan ke Terengganu. 

2019 : RM0.86 bilion

2020 : RM2.95 bilion

2021 : RM3.87 bilion

2022 : RM5.00 bilion (sasaran)

Malah, KDNK Negeri Terengganu meningkat dengan mendadak dari -5.7 peratus (2020) kepada 3.6 peratus (2021). Melebihi paras KDNK Nasional 3.1 peratus dan melebihi jangkaan asal kerajaan negeri 2.2 peratus. 

2. PAS perkenal garis panduan patuh syariah pelancongan. Kedatangan pelancong meningkat dan cemerlang. 

2018: 4.79 juta pelancong

2019: 5.30 juta pelancong

Dalam seronok menuju sasaran pada 2020 dan 2021, kita dilanda pandemik.  

Pun begitu, tahun 2020, selepas dibenarkan rentas negeri,Terengganu menjadi destinasi utama pelancongan domestik sehingga mencatat kedatangan pelancongan paling tinggi, meningkat 165 peratus.

3. PAS perkenal garis panduan syariah untuk sukan. Terengganu semakin meningkat kewibawaan dan kuasa sukannya di Malaysia. 

Sepatutnya sukan makin jatuhlah, tapi tidak berlaku di Terengganu. Syariat diresap, pencapaian sukan makin mantap. 

SUKMA 2022 menyaksikan Terengganu berada di tempat kedua dengan pungutan 64 pingat emas, melepas sasaran asal 57 pingat. Dan inilah sejarah tertinggi pungutan emas SUKMA untuk Terengganu.

4. Malah, kadar pengangguran di Terengganu juga menurun, sebanyak 0.1 peratus. Sedangkan kebanyakkan negeri mengalami peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, 

Pahang
2020- 3.1 peratus
2021- 3.3 peratus

Johor
2020- 3.5 peratus
2021- 3.8 peratus

Perak
2020- 4.8 peratus
2021- 5.3 peratus

Negeri Sembilan
2020- 3.8 peratus
2021- 4.2 peratus

Lebai PAS bukan sebarang lebai, lebai PAS punya jiwa dan kepakaran mentadbir negara. Insya-Allah, syariat terpelihara, negara sejahtera. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo