NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rishi Sunak : Sesuatu yang tidak pernah terbayang

Dulu, kita tidak pernah membayangkan bahawa seorang berketurunan India akan menjadi ketua eksekutif bagi kerajaan United Kingdom, bangsa yang mereka jajah selama hampir dua ratus tahun dan menyedut hasil negara India dianggarkan berjumlah 45 trillion dolar itu. Kini, Rishi Sunak, anak jajahan British dari darah keturunan Punjab, di mana kedua orang tuanya berhijrah ke UK, berada di depan muka pintu 10 Downing Street. 

Beliau menggantikan Liz Truss yang hanya memegang jawatan selama enam minggu sahaja. Tidak dilupakan juga, Boris Johnson bekas Perdana Menteri UK sebelum Liz, yang mana dikatakan moyangnya adalah bekas salah seorang menteri dalam kerajaan Uthmaniyah yang British berjaya robohkan dengan bantuan orang Islam sendiri. Kini UK bukan lagi United of Kerala seperti mana yang selalu dijadikan lelucon, tetapi darah keturunan India sudah menguasai United Kingdom, penjajahnya dahulu.

Begitu juga politik Malaysia. Dahulu, tiada siapa yang memberi harapan, PAS akan memerintah Malaysia dan melakukannya dengan penuh berjaya berasaskan kuasa-kuasanya yang ada walaupun terhad di pusat dan kuasa penuh di tiga buah negeri. Kini tiada siapa menyangka, PAS memang benar-benar layak memimpin negara berpandukan Islam. Apalagi jika berkuasa penuh.

PAS, yang bersabar, sentiasa menjadi mangsa kekejaman dan penipuan politik selama lebih 60 tahun oleh BN musuh utamanya serta PH yang dahulu sebagai rakan, kemudian berkhianat. Mereka terpaksa berpisah dengan PAS kerana mereka tidak berjaya mengajak PAS melakukan dosa seperti rasuah bersama mereka. Mereka tidak mahu berpolitik menurut Islam sebagaimana PAS. PAS kini berada di hati rakyat yang cintakan kesejahteraan. Ia bukan lagi sangkaan atau anggapan, tetapi ia adalah kenyataan.

PAS akan membawa Malaysia ke arah kesejahteraan dengan politik bertunjangkan Islam, insyaallah.

Dan jangan lupa, jika kita alpa dan leka, nanti negara kita akan diperintah oleh bangsa yang memusuhi Islam. Mereka sentiasa menanti peluang ini.

Mohd Nasir Abdullah
25 Oktober 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo