NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat video tular lelaki belasah wanita


KOTA KINABALU:
Susulan tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut dan belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

Dalam masa sama, beliau berkata, dakwaan mengenai lokasi kejadian juga belum disahkan oleh pihak polis.

Sejak beberapa hari lalu, tular video seorang lelaki dilihat menendang dan menampar seorang wanita tular di media sosial.

Video berdurasi 18 saat itu mendapat kecaman daripada orang awam dan menggesa agar tindakan tegas diambil oleh pihak polis dengan segera.

Sehubungan itu, PDRM menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dinasihatkan agar segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo