ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang membawa dan membahaskan usul berkaitan anti-lompat parti pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, yang tarikhnya ditentukan kemudian.
Speaker Juhari Bulat berkata meskipun Parlimen telah menguatkuasakan rang undang-undang (RUU) larangan melompat parti 5 Okt lalu, kerajaan negeri mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, beliau menolak usul dibawa ADUN Derga Tan Kok Yew supaya perkara itu dibahaskan pada persidangan kali ini meskipun usul dibuat dengan baik dan memenuhi kriteria.
“Usul dibawa (ADUN) Derga. Usulnya tentang anti-lompat parti. Ini juga dibuat dengan betul, memenuhi, tetapi ditolak juga oleh speaker kerana satu usul ini, betul, telah dikuatkuasakan di Parlimen pada 5 Okt 2022, tetapi belum dikuat kuasa peringkat negeri.
“Ini dalam Perkara 6, Jadual 8. Negeri ada masa untuk kuat kuasakan RUU anti lompat parti…jadi tak sia-sia kerja Derga memberi proaktif, kerajaan (negeri) pun dah maklum, nak buat dengan betul RUU ini,” katanya sebelum sesi soal jawab pada persidangan itu di sini hari ini.
Untuk rekod, Perlis antara negeri yang telah meluluskan RUU itu dan akan melaksanakan Enakmen Anti-Lompat Parti berkuat kuasa 1 Nov ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment