NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindah kerusi atau tak jadi calon, Razif akur keputusan parti



KUALA NERUS:
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman bersedia dan akur jika parti mencalonkannya bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu, berkata beliau tidak kisah di mana pun bertanding dan akan menerima keputusan yang diputuskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

"Saya tidak tahu sama ada nama dicalonkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir atau kerusi Parlimen. Sebagai ahli parti, saya patuh dan akur jika diletakkan di mana saja.

"Pada masa sama, saya juga sudah bersedia dan terima apa jua keputusan yang dibuat pimpinan parti sekiranya tidak dicalonkan pada PRU15 nanti," katanya kepada pemberita, di sini.

Jika tidak dicalonkan, Ahmad Razif menegaskan, beliau tetap akan bekerja untuk parti dalam membantu mempertahan dan mengekalkan kerusi Seberang Takir sebagai milik BN dan UMNO.

"Saya yakin dan percaya rakyat boleh menilai sejauh mana pentadbiran PAS selama empat tahun ini, buat pilihan yang sebenar pada PRU15, beri kemenangan kepada BN dan UMNO," katanya.

Beliau juga menegaskan, terpula kepada kerajaan negeri sama ada mahu membubarkan DUN atau tidak.

"Kita pelik kerajaan negeri takut untuk membubarkan DUN sedangkan mereka sudah membuktikan selama empat tahun kepada rakyat. Jika mereka yakin tindakan yang dibuat, biarlah rakyat menilai perkhidmatan mereka pada PRU15.

"Kalau mereka berasakan sudah memberi yang terbaik untuk rakyat, kenapa mahu takut? Mereka boleh sambung lagi lima tahun, tapi malangnya mereka tidak berani bubar dan secara tidak langsung ia membazir duit rakyat," katanya.

Pada PRU14, Ahmad Razif mengekalkan kerusi DUN Seberang Takir selepas mendapat 9,340 undi bagi mengalahkan calon PAS, Mohd Fadhil Wahad (7,456 undi) dan calon PKR, Abu Bakar Abdullah (939 undi)






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo